Khamis, 22 Julai 2010

KHAS BUAT ADIKKU TERSAYANG

Teringat waktu kecil-kecil dahulu..kita dengan adik beradik yg lain bermain bersama..polis entry,sape kene sep dia jadi,baling selipar,main nyorok2 belakang umah dan banyak lagi permainan yg kita main masa sama2 dulu.sampai ade ketika,kita adik beradik kena marah dengan abah sebab terlalu nakal sangat..denda abah kalo tak rotan dengan tali pinggang dia bagi makan cili..lepas tu jangan minum air..masa tu kita masing2 mengelupur.walaupun umur adik masa tu masih muda tapi kita sempat membesar bersama dan lalui hidup kanak-kanak sampai aku dewasa.adik yang aku sayang kini dah pun dewasa,hidup kita dah berbeza..kita membesar dan bersama dengan kekawan memasing..ikutkan hati,nak je aku lalui hari aku..sama macam kita kecik2 dulu.apepun yang kita buat,kita lakukan bersama.aku tau ianya sukar,tapi aku cuba..walaupun tak seperti dulu tapi aku bersyukur,aku dapat bersama dengan kau dalam seribu kenangan yang tak dapat aku lupakan sampai bila2..setiap masalah dan perkara yang berlaku,kita lalui bersama.kau adik yang baik,sehingga saat ini..suara dan setiap tingkahlaku kau..menjadi bayang2 dalam hidup aku.kini kau dah tiada,terlalu muda engkau pergi tinggalkan aku..dalam saat aku masih mahu melihat wajah kau.tapi apa kan daya..Allah lebih menyanyangimu.aku redho kehendaknya walaupun aku masih terasa kehilangan kau..apa yang mampu aku balas..hanyalah doa dan sedekahkan al-fatihah untuk kau..dengan harapan,kau disana aman dan ditempatkan dengan orang2 yang beriman.


*luahan ini untuk adik aku..ahmad luqman bin ismail yg kembali ke rahmatullah pada hari jumaat (09-07-2010) semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

Tiada ulasan: