Isnin, 18 Jun 2012

Tentang Hati

Tahukah anda "mengharapkan sesuatu yang belum pasti milik kita ianya sesuatu yang memeritkan dan menjaga setiap hati ianya sesuatu yang menyakitkan" aku paham bila seseorang berada dalam keadaan begini.seriously,aku rasa bersalah dengan diri ini..aku tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa pun.aku cuma manusia biasa, tak mampu untuk puaskan hati semua orang..yang aku mampu hanyalah jadi manusia yang terbaik dalam hidup korang.maapkan aku jika aku bukan insan yang terbaik dikalangan orang-orang yang kamu kenal kerana kekadang ruang yang kita bagi dan kebaikkan yang telah kita korbankan..dah tiada nilai lagi,jika satu pun tak pernah dihargai..ini lumrah,bukan bermakna kita 'give up' cuma terlalu letih untuk terlalu serius..sampai satu saat,ianya macam sia-sia bagi kita.sekarang ni,biarlah ia berlalu seperti perancangan ALLAH kerana kita kena percaya jodoh itu milikNYA dan kita kena percaya semuanya dah tertulis olehNYA..semoga perancangan ALLAH adalah sebaik-baik perancangan.

JAZAKALLAHU KHAIRAN ..

KISAH KA'AB BIN MALIK

Dalam perang Tabuk, ada beberapa sahabat yang tidak berangkat berperang.salah seorang di antara mereka adalah Ka’ab bin Malik.

“Aku sama sekali tidak pernah tinggal daripada mengikuti semua peperangan bersama Rasululah saw, kecuali dalam perang Tabuk. Aku tidak turut serta dalam perang Tabuk itu adalah karena kelalaian diriku terhadap perhiasan dunia yang ketika itu keadaan ekonomiku jauh lebih baik daripada hari-hari sebelumnya” bisik hati Kaab keseorangan.

“Demi Allah, aku tidak pernah memiliki barang dagangan lebih dari dua muatan unta,akan tetapi pada waktu peperangan itu aku memilikinya” sambung bisikan hatinya lagi.

Ketika berlaku peperangan tabuk,keadaan sangat panas.disamping, perjalanan dari Madinah ke Tabuk [tempatnya di antara hijir dan Damsyik di syria] amat jauh juga pertempuran kali ini dengan bala tentera Rom yang merupakan suatu kuasa besar di dunia ketika itu.

Ketika Rasulullah SAW mempersiapkan untuk berangkat, Kaab juga bersiap-siap. Namun, sedang dia bersiap-siap, hatinya mula berkata-kata untuk membatalkan hasratnya untuk tidak turut serta bersama dengan Nabi SAW.

Para sahabat sudah bertolak meninggalkan Madinah bersama dengan Nabi. Kaab bin Malik masih lagi berlengah-lengah di Madinah,sehingga semua para sahabat telah meninggalkan Madinah.

Ketika semua para sahabat telah meninggalkan Madinah, maka tinggallah Kaab bin malik. Apabila beliau keluar dari rumah,beliau hanya ternampak golongan yang tidak diwajibkan berperang seperti orang-orang tua, kanak-kanak perempuan dan sebilangan orang-orang munafiq.

Melihat keadaan itu, menyebabkan hati Kaab bin Malik mula mengeluh. Beliau sedar, bahawa beliau bukan dari kalangan mereka, terutama beliau bukan salah seorang dari kalangan orang munafiq.

Di Tabuk, Rasulullah SAW ada bertanya sahabat tentang Kaab. Soalan Rasulullah SAW itu dijawab oleh seorang lelaki dari Bani Salamah dengan menyatakan bahawa Kaab seorang yang sombong sehingga tidak terlibat dalam peperangan Tabuk pada kali itu.

Jawapan lelaki dari Bani Salamah itu disangkal oleh Mu’az bin Jabal dan Kaab bin Malik dipertahankan oleh Mu’az dengan sedemikian hebat sekali.

Setelah pulang dari Tabuk, kebiasaan Rasulullah SAW setelah pulang dari medan peperangan, Baginda SAW tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya menuju ke Masjid terlebih dahulu dan menunaikan solat dua rakaat dan berjumpa dengan tetamu-tetamu yang berkunjung tiba.

Setelah selesai menunaikan solat, ramai yang datang berjumpa dengan Rasulullah SAW. kebanyakkan mereka yang hadir ketika itu adalah orang-orang yang tidak terlibat dalam peperangan. Berbagai-bagai alasan yang dikemukakan, sehingga tidak dinafikan juga ada dari kalangan mereka yang bersumpah dengan nama Allah untuk mengukuhkan alasan mereka dihadapan Rasulullah SAW. Selalunya, mereka yang bersumpah tersebut adalah orang-orang munafiq.

Antara yang turut hadir berjumpa dengan Rasulullah SAW ketika itu adalah Kaab bin Malik. Apabila melihat Kaab hadir, Rasulullah SAW senyum kelat terhadap Kaab, namun tetap juga memanggil Kaab agar datang berhampiran dengan baginda.

Rasulullah bertanya Kaab, mengapa beliau tidak turut serta dalam peperangan Tabuk. Kaab berterus terang, memberitahu kepada Rasulullah atas tindakannya yang tidak hadir dalam peperangan Tabuk tersebut.

Mendengar penjelasan tulus dari Kaab bin Malik, Nabi SAW terus mengarahkan Kaab pergi. Tidak lama kemudian, kedengaran bahawa Nabi SAW telah mengarahkan para sahabat agar memboikot Kaab bin Malik agar tidak bercakap dan melayan kaab bin Malik.

Arahan itu, bukan sahaja terhadap Kaab bin Malik, malahan terhadap dua orang sahabat lagi, iaitu Murarah bin Rabi’ Al-Amiri dan Hilal bin Umayyah Al-Waqifi.

Kemana sahaja Kaab pergi, boleh dikatakan semua tidak melayan beliau. Keadaan ini berlanjutan sehingga Kaab dan dua orang sahabat lagi hidup dalam keadaan amat tertekan sekali.

Waima diboikot, Kaab tetap juga ’menebalkan mukanya’ menghadiri majlis-majlis yang melibatkan Nabi SAW seperti majlis ilmu dan solat berjemaah.

Namun, disebabkan diboikot oleh sahabat, Madinah yang dahulunya dikenali sebagai bandar tempat mereka berbahagia telah bertukar seperti tempat yang dipenuhi dengan seribu satu kedukacitaan. Semuanya berpunca dari sikap malas mereka tidak mahu terlibat dalam peperangan Tabuk, ekoran mengenangkan ekonomi mereka perlu didahulukan.

Suatu hari, Kaab bin Malik telah pergi ke rumah Abu Qatadah. Semasa sampai di situ, Kaab mengetuk mengetuk pintu rumah Abu Qatadah.

Kaab mengucapkan salam kepada Abu Qatadah, tetapi salam Kaab itu tidak dijawab.

Kaab menegur, “Wahai Abu Qatadah! Aku mohon dengan nama Allah, apakah kau tahu bahawa aku mencintai Allah dan Rasul-Nya?”

Abu Qatadah diam. Sekali lagi, Kaab mengulangi perkataannya, namun Abu Qatadah tetap mendiamkan diri. Berkali-kali Kaab mengulangi perkataannya, tetapi tetap Abu Qatadah mengambil sikap mendiam diri sehingga dia hanya menyebut, “Allah dan Rasul-Nya lebih tahu!”

keadaan itu, benar-benar terkesan pada diri Kaab bin Malik, menyebabkan air matanya tidak tertahan lagi, menitis gugur ke bumi.

Kaab pulang ke rumah dalam keadaan sedih. Kesedihan seperti itu berlanjutan berhari-hari. Sehari dirasakan bagaikan setahun. Betapa dahsyatnya tekanan yang dihadapi oleh Kaab.

Dalam keadaan kesedihan sedemikian rupa, suatu hari datang seorang lelaki dari negara Syam menemui Kaab. Dia telah memberikan kepada Kaab sepucuk surat. Apabila Kaab membaca surat itu, ternyata ia datang dari Raja Ghassan.

Kandungan surat itu antara lain menyebut, ”… Selain dari itu, bahawa sahabatmu sudah bersikap dingin terhadapmu. Allah tidak menjadikan kamu hidup terhina. Maka, ikutlah dengan kami di Ghassan, kami berjanji akan menghiburkanmu!”

membaca kandungan surat itu, hati Kaab terus berkata, “Ini juga salah satu ujian!”

Lalu Kaab telah memasukkan surat itu ke dalam tungku dan membakarnya.

Dalam keadaan sedemikian sedih sekali, datang pula seorang utusan dari Rasulullah SAW kepada Kaab.

“Rasulullah memerintahkan kepadamu supaya kamu menjauhi isterimu!” kata lelaki itu sebagai membawa pesanan dari Rasulullah SAW.

Pesanan itu menambah lagi kesedihan hati Kaab.

”Apakah Rasulullah mengarahkanku agar aku menceraikan isteriku itu?” soal Kaab kepada lelaki terbabit.

“Tidak. Akan tetapi, kamu harus menjauhkan dirimu darinya dan isterimu itu, hendaklah menjauhkan dirinya dari dirimu!” kata utusan Rasulullah SAW itu lagi.

Arahan tersebut, bukan sekadar terkena kepada Kaab bin Malik, malahan terkena juga kepada dua lagi sahabat, iaitu Murarah bin Rabi’ Al-Amiri dan Hilal bin Umayyah Al-Waqifi.

Kesedihan dan hidup dalam keadaan serba salah itu berlarutan sehingga sampai cukup bilangan 50 hari. Setelah cukup 50 hari, di suatu pagi ketika Kaab baru selesai menunaikan solat subuh, sedang berzikir dan berdoa meminta ampun dengan Allah, agar dilepaskan dari kesempitan hidup dalam alam yang luas ini.

Sedang bermunajat tersebut, tiba-tiba kedengaran suara memanggil namanya.

”Wahai Kaab, bergembiralah kamu. Wahai Kaab bergembiralah kamu” kedengaran suara begitu berkali-kali.

Mendengar suara menyebut demikian, Kaab terus memahami bahawa Allah SWT telah memberi kemaafan terhadap kesilapan yang telah dilakukannya.

Dia terus sujud kepada Allah, mengucapkan syukur kepada ilahi. Apabila dia keluar dari rumah, kelihatan ramai yang hadir hendak memaklumkan berita gembira itu kepada Kaab. Ada yang datang dengan menaiki kuda, ada yang berlari-lari dan sebagainya.

Mulut mereka, tidak habis-habis menyebut, ”wahai Kaab, berbahagialah kamu. Wahai Kaab, berbahagialah kamu”

Kaab pun terus pergi mencari Rasulullah SAW. sesampai di hadapan Masjid, didapati ramai dari kalangan sahabat yang sedang menunggu kedatangan Kaab. Apabila sampai, Kaab terus masuk untuk berjumpa dengan rasulullah SAW dan didapati, bersama baginda ada dua orang sahabat lagi, iaitu Hilal bin Umayyah dan Murarah bin Rabi'.

Apabila berjumpa dengan Rasullullah SAW, Kaab tersenyum melihat Baginda, dan senyuman kaab itu dibalas oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW terus membacakan satu firman Allah dari surah At-Taubah ayat ke 118 yang berbunyi;

وَعَلَى الثَّلَاثَةِ الَّذِينَ خُلِّفُوا حَتَّى إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْهِمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ وَضَاقَتْ عَلَيْهِمْ أَنْفُسُهُمْ وَظَنُّوا أَنْ لَا مَلْجَأَ مِنَ اللَّهِ إِلَّا إِلَيْهِ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ لِيَتُوبُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Maksudnya;
”Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”

Sabtu, 17 Mac 2012

Hantu Dalam Botol Kicap

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yg membawa 3 orang anaknya pulang ke kampung dan meminta ibunya,Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya.Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya.Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah,mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama,mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua,mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah..Ketika Nek Temah keluar mengubat,Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya..untuk tahu kisah selanjutnya..jom sedutttttt.....



Click je link dibawah utk sedutt :

Kredit 2 Jiwang.Net

Full Album Iwan Syahman

01. Segalanya Allah
02. Shalat Dulu
03. Fadhilah Shalawat
04. Semua Allah Punya
05. Kalimah Toyibbah
06. Siksa Neraka
07. Pengasih
08. Ke Taman Syurga
09. Nasihah
10. Ke Jalan Lurus
11. Segalanya Allah (Versi Asal)



Jangan segan2 nk download :

Wink ~ Wink

Assalamualaikum..aduyaii..lama giler la x update blog nie...aku pn dah lama x usha blog sendiri..ingatkan dah kene block ke ape ke..tapi still ade lagi,memang rindu sesangat.selamatla aku masih ingat password dia..urmmm,bila dah tengok balik blog nie..aku ingat nak update balikla.mybe bukan sekarang,maybe esok @ lusa..apepun aku akan stay dengan blog nie..keep it up bro!!

Sabtu, 19 Mac 2011

Khamis, 22 Julai 2010

KHAS BUAT ADIKKU TERSAYANG

Teringat waktu kecil-kecil dahulu..kita dengan adik beradik yg lain bermain bersama..polis entry,sape kene sep dia jadi,baling selipar,main nyorok2 belakang umah dan banyak lagi permainan yg kita main masa sama2 dulu.sampai ade ketika,kita adik beradik kena marah dengan abah sebab terlalu nakal sangat..denda abah kalo tak rotan dengan tali pinggang dia bagi makan cili..lepas tu jangan minum air..masa tu kita masing2 mengelupur.walaupun umur adik masa tu masih muda tapi kita sempat membesar bersama dan lalui hidup kanak-kanak sampai aku dewasa.adik yang aku sayang kini dah pun dewasa,hidup kita dah berbeza..kita membesar dan bersama dengan kekawan memasing..ikutkan hati,nak je aku lalui hari aku..sama macam kita kecik2 dulu.apepun yang kita buat,kita lakukan bersama.aku tau ianya sukar,tapi aku cuba..walaupun tak seperti dulu tapi aku bersyukur,aku dapat bersama dengan kau dalam seribu kenangan yang tak dapat aku lupakan sampai bila2..setiap masalah dan perkara yang berlaku,kita lalui bersama.kau adik yang baik,sehingga saat ini..suara dan setiap tingkahlaku kau..menjadi bayang2 dalam hidup aku.kini kau dah tiada,terlalu muda engkau pergi tinggalkan aku..dalam saat aku masih mahu melihat wajah kau.tapi apa kan daya..Allah lebih menyanyangimu.aku redho kehendaknya walaupun aku masih terasa kehilangan kau..apa yang mampu aku balas..hanyalah doa dan sedekahkan al-fatihah untuk kau..dengan harapan,kau disana aman dan ditempatkan dengan orang2 yang beriman.


*luahan ini untuk adik aku..ahmad luqman bin ismail yg kembali ke rahmatullah pada hari jumaat (09-07-2010) semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

Rabu, 25 November 2009

CINTA?



Disebalik hari-hari yang aku lalui..aku sedar,kebahgiaan & kesedihan itu sentiasa datang & pergi dalam hidup ini..semakin aku merasai semua itu..aku semakin give up untuk mendekati apa sebenarnya itu cinta.bagi seseorang,cinta itu memang mudah untuk dilafazkan..tapi untuk menjaganya,sanggup ke untuk hadapi segalanya..adakah cinta itu hanya manis di mulut atau ikhlas dari hati? tension bila memikirkan semua ni..kalaulah diberi peluang,aku nak dicintai dari terus mencintai kerana ia lebih sakit & pedih bila segalanya tak dihargai..

Jumaat, 18 September 2009

Salam Hari Raya Idul Fitri


Wish sambut ramadhan takde tetiba je dah wish hari raya..nampak sangat kemaruk nak raya.sebenarnya aku bukan taknak wish tapi masa sangat mencemburui aku..ini pun ada masa terluang,yela..dah mula cutikan.apepun puasa aku tetap complete,cuma tinggal sehari jer.itupun sebab masa tu aku kurang sihat..kalau darurat takpe kan.citer panjang pun tak guna,esok pun dah mula raya..jadi dikesempatan yang ada ni aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin..semoga raya tahun ni membawa seribu kebahgiaan dan kegembiraan dalam hidup kita.raikan kemenangan ini dengan bersederhana agar beroleh keberkatan dan kemuliaan bersama.pada yang memandu,hati2 ketika memandu..berhenti bila mengantuk,semoga perjalanan anda semua selamat tiba.
ALLAHUAKBAR 3x



Jumaat, 3 Julai 2009

LINE PROB & HEADACHE

Aku minta maapla sebab dah lama sangat x update blog nie..bukan aper,line aku kena potong sebab lambat bayar bil.tapi korang jangan risau,aku dah settlekan pun..dan sekarang datang pulak masalah baru.ni lagi seksa dari yang tadi sebab membabitkan diri aku sendiri..ntahler,aku memang dah lama mengalami masalah sakit kepala ni.tp sejak akhir2 ni,aku rasa lain macam sangat..kepala ni rasa macam nak pecah jer.aku xtaula kenapa..sekarang ni aku harapkan ubat2 yg aku ade,selebih tu aku serahkan pada tuhan & doa dari sahabat2 aku diluar sana..semoga aku terus cergas mengupdate blog nie.