Sabtu, 15 September 2012

Jiwa yang kacau

Kali ni aku biarkan blog berbicara supaya apa yang tersirat di benak kepala ni terhurai segalanya..terus terang,aku rasa kurang tenang sekarang ni..dengan pening kepala aku yang tak pernah abis ni dicampur pulak dengan masalah sekeliling,betul-betul buat kepala aku makin berdenyut kencang..ahhh biarlah aku dengan azab ni,aku hanya berserah segalanya pada yang maha ESA..selagi dia masih bagi aku tenaga dan nafas,aku mesti teruskan hidup..doa aku semoga dia sentiasa memelihara diri ini..lupakan pasal diri aku..sekarang ni aku rasa kacau sikit.kenapa tiba-tiba abang aku mesej bagitahu yang dia suruh jaga mak,abah dan adik2 aku..dia kata aku saje harapan untuk family aku..pleasela,jangan tambahkan lagi pening kepala ni..bila aku mesej bagitahu kenapa,kau senyap pulak..kau tahu tak,sejak adik meninggal..kalau boleh aku taknak kehilangan sesapa lagi sebelum aku..biarlah aku pergi dulu sebelum korang semua..sebab aku taknak menangis setiap hari memendam perasaan kasih dan rindu ni.Ya Allah,kau peliharalah abang aku,jauhkanlah dia dari segala yang tidak baik..aku tahu betapa peritnya hidup dia selama ni,kalau kau baca warkah aku ni,aku nak kau tahu yang aku pernah mengalirkan airmata sebab pikirkan kesengsaraan kau.cukuplah,aku taknak menangis lagi sebab semua tu.aku sayangkan semua pamily kita..cuma 1 je pesan aku,biar bertimbun pun dosa kita padanya,kembalilah pada allah..insyallah,hati kita akan sentiasa tenang.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Salam Aidilfitri

Sebulan sudah kita berpuasa,alhamdulillah..sebagai laki aku tak layak untuk ponteng kot..thank 2 allah sebab bagi aku kesihatan yang baik-baik..mmm,esok atau lusa kita dah nak sambut hari kemenangan.harap-harap segalanya berjalan dengan lancarlah..so dikesempatan yang ada ni,aku nak mohon ampun dan maaflah pada mereka yang kenal kat aku ni..kalau ada tersalah kata atau terkasar bahasa..kita 0-0 yer..semoga kita dipertemukan dengan ramadhan dan syawal yang mendatang..allahuakbar,allahuakbar,allahuakbar..


Jumaat, 10 Ogos 2012

Run 4 Lailatul Qadar

Alhamdulillah..sedar tak sedar,kita dah masuk pada 10 malam terakhir ramadhan..sorry k,bukan nak bagitahu yang hari raya semakin hampir tapi yang lebih pentingnya ialah malam Lailatul Qadar..seperti yang dikatakan oleh Uqbah iaitu Ibnu Hariith..

Aku mendengar Ibnu Umar r.a berkata : Sesungguhnya Rasullullah s.a.w telah bersabda " Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh hari yang terakhir,namun jika salah seorang daripada kamu tidak mampu..maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir (riwayat muslim)

Sebenarnya ramai yang memperkatakan tentang malam Lailatul Qadar..tapi berapa ramai pulak yang mengejarnya..pesan ini untuk diri aku jugak..marilah kita berlumba-lumba mencari keredhoanNya..hidupkan malam beribadah,iktikaf,berdoa dan memohon keampunan dariNya..kerana Lailatul Qadar adalah malam seribu bulan..Insyallah,semoga Allah mempertemukan apa yang kita cari.

Khamis, 19 Julai 2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah,sedar x sedar ramadhan dah hampir dengan kita..syukur sebab masih diberi peluang untuk bersama dengan bulan yang mulia ini..tapi aku agak sedih sikit sebab ini ramadhan yang ketiga aku sambut tanpa arwah adik aku..aku doakan semoga dia tenang dan aman disana,yang hidup mesti teruskan hidup dan aku berharap semoga dipermudahkan segalanya..sikit konfiusla dengan malaysia nie..bila time nak bulan ramadhan takde pun stesen tv,radio dan paper sebok2 duk promosi bulan yang mulia nie..yang disebokkan ialah hari raya.mak aiiii,puasa pun belum lagi dah kemaruk nak raya..x paham aaa..kasi tukar jela diorang nie..benda baik kan bagus kalau dipromosi..takut sangat dengan manusia..ishhhh..tengok...!!! kan dah melalut,apapun dikesempatan ni aku nak ucapkan selamat berpuasa pada semua..jangan ponteng2 k.
 


Jumaat, 22 Jun 2012

Syaaban To Ramadhan

Tibanya syaaban menandakan kita hampir dengan bulan keberkatan yang penuh barokah iaitu ramadhan,tak sangka cepat betul masa berlalu..rasa macam baru je lagi berpuasa..apepun aku berdoa semoga aku sempat meraikan ramadhan.sebenarnye nak cerita sikit pasal bulan syaaban ni,banyak jugak peristiwa yang berlaku cuma aku nak 'tubik' 1 peristiwa jela iaitu ..


Pertukaran arah kiblat


Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis. Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

Isnin, 18 Jun 2012

Tentang Hati

Tahukah anda "mengharapkan sesuatu yang belum pasti milik kita ianya sesuatu yang memeritkan dan menjaga setiap hati ianya sesuatu yang menyakitkan" aku paham bila seseorang berada dalam keadaan begini.seriously,aku rasa bersalah dengan diri ini..aku tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa pun.aku cuma manusia biasa, tak mampu untuk puaskan hati semua orang..yang aku mampu hanyalah jadi manusia yang terbaik dalam hidup korang.maapkan aku jika aku bukan insan yang terbaik dikalangan orang-orang yang kamu kenal kerana kekadang ruang yang kita bagi dan kebaikkan yang telah kita korbankan..dah tiada nilai lagi,jika satu pun tak pernah dihargai..ini lumrah,bukan bermakna kita 'give up' cuma terlalu letih untuk terlalu serius..sampai satu saat,ianya macam sia-sia bagi kita.sekarang ni,biarlah ia berlalu seperti perancangan ALLAH kerana kita kena percaya jodoh itu milikNYA dan kita kena percaya semuanya dah tertulis olehNYA..semoga perancangan ALLAH adalah sebaik-baik perancangan.

JAZAKALLAHU KHAIRAN ..

KISAH KA'AB BIN MALIK

Dalam perang Tabuk, ada beberapa sahabat yang tidak berangkat berperang.salah seorang di antara mereka adalah Ka’ab bin Malik.

“Aku sama sekali tidak pernah tinggal daripada mengikuti semua peperangan bersama Rasululah saw, kecuali dalam perang Tabuk. Aku tidak turut serta dalam perang Tabuk itu adalah karena kelalaian diriku terhadap perhiasan dunia yang ketika itu keadaan ekonomiku jauh lebih baik daripada hari-hari sebelumnya” bisik hati Kaab keseorangan.

“Demi Allah, aku tidak pernah memiliki barang dagangan lebih dari dua muatan unta,akan tetapi pada waktu peperangan itu aku memilikinya” sambung bisikan hatinya lagi.

Ketika berlaku peperangan tabuk,keadaan sangat panas.disamping, perjalanan dari Madinah ke Tabuk [tempatnya di antara hijir dan Damsyik di syria] amat jauh juga pertempuran kali ini dengan bala tentera Rom yang merupakan suatu kuasa besar di dunia ketika itu.

Ketika Rasulullah SAW mempersiapkan untuk berangkat, Kaab juga bersiap-siap. Namun, sedang dia bersiap-siap, hatinya mula berkata-kata untuk membatalkan hasratnya untuk tidak turut serta bersama dengan Nabi SAW.

Para sahabat sudah bertolak meninggalkan Madinah bersama dengan Nabi. Kaab bin Malik masih lagi berlengah-lengah di Madinah,sehingga semua para sahabat telah meninggalkan Madinah.

Ketika semua para sahabat telah meninggalkan Madinah, maka tinggallah Kaab bin malik. Apabila beliau keluar dari rumah,beliau hanya ternampak golongan yang tidak diwajibkan berperang seperti orang-orang tua, kanak-kanak perempuan dan sebilangan orang-orang munafiq.

Melihat keadaan itu, menyebabkan hati Kaab bin Malik mula mengeluh. Beliau sedar, bahawa beliau bukan dari kalangan mereka, terutama beliau bukan salah seorang dari kalangan orang munafiq.

Di Tabuk, Rasulullah SAW ada bertanya sahabat tentang Kaab. Soalan Rasulullah SAW itu dijawab oleh seorang lelaki dari Bani Salamah dengan menyatakan bahawa Kaab seorang yang sombong sehingga tidak terlibat dalam peperangan Tabuk pada kali itu.

Jawapan lelaki dari Bani Salamah itu disangkal oleh Mu’az bin Jabal dan Kaab bin Malik dipertahankan oleh Mu’az dengan sedemikian hebat sekali.

Setelah pulang dari Tabuk, kebiasaan Rasulullah SAW setelah pulang dari medan peperangan, Baginda SAW tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya menuju ke Masjid terlebih dahulu dan menunaikan solat dua rakaat dan berjumpa dengan tetamu-tetamu yang berkunjung tiba.

Setelah selesai menunaikan solat, ramai yang datang berjumpa dengan Rasulullah SAW. kebanyakkan mereka yang hadir ketika itu adalah orang-orang yang tidak terlibat dalam peperangan. Berbagai-bagai alasan yang dikemukakan, sehingga tidak dinafikan juga ada dari kalangan mereka yang bersumpah dengan nama Allah untuk mengukuhkan alasan mereka dihadapan Rasulullah SAW. Selalunya, mereka yang bersumpah tersebut adalah orang-orang munafiq.

Antara yang turut hadir berjumpa dengan Rasulullah SAW ketika itu adalah Kaab bin Malik. Apabila melihat Kaab hadir, Rasulullah SAW senyum kelat terhadap Kaab, namun tetap juga memanggil Kaab agar datang berhampiran dengan baginda.

Rasulullah bertanya Kaab, mengapa beliau tidak turut serta dalam peperangan Tabuk. Kaab berterus terang, memberitahu kepada Rasulullah atas tindakannya yang tidak hadir dalam peperangan Tabuk tersebut.

Mendengar penjelasan tulus dari Kaab bin Malik, Nabi SAW terus mengarahkan Kaab pergi. Tidak lama kemudian, kedengaran bahawa Nabi SAW telah mengarahkan para sahabat agar memboikot Kaab bin Malik agar tidak bercakap dan melayan kaab bin Malik.

Arahan itu, bukan sahaja terhadap Kaab bin Malik, malahan terhadap dua orang sahabat lagi, iaitu Murarah bin Rabi’ Al-Amiri dan Hilal bin Umayyah Al-Waqifi.

Kemana sahaja Kaab pergi, boleh dikatakan semua tidak melayan beliau. Keadaan ini berlanjutan sehingga Kaab dan dua orang sahabat lagi hidup dalam keadaan amat tertekan sekali.

Waima diboikot, Kaab tetap juga ’menebalkan mukanya’ menghadiri majlis-majlis yang melibatkan Nabi SAW seperti majlis ilmu dan solat berjemaah.

Namun, disebabkan diboikot oleh sahabat, Madinah yang dahulunya dikenali sebagai bandar tempat mereka berbahagia telah bertukar seperti tempat yang dipenuhi dengan seribu satu kedukacitaan. Semuanya berpunca dari sikap malas mereka tidak mahu terlibat dalam peperangan Tabuk, ekoran mengenangkan ekonomi mereka perlu didahulukan.

Suatu hari, Kaab bin Malik telah pergi ke rumah Abu Qatadah. Semasa sampai di situ, Kaab mengetuk mengetuk pintu rumah Abu Qatadah.

Kaab mengucapkan salam kepada Abu Qatadah, tetapi salam Kaab itu tidak dijawab.

Kaab menegur, “Wahai Abu Qatadah! Aku mohon dengan nama Allah, apakah kau tahu bahawa aku mencintai Allah dan Rasul-Nya?”

Abu Qatadah diam. Sekali lagi, Kaab mengulangi perkataannya, namun Abu Qatadah tetap mendiamkan diri. Berkali-kali Kaab mengulangi perkataannya, tetapi tetap Abu Qatadah mengambil sikap mendiam diri sehingga dia hanya menyebut, “Allah dan Rasul-Nya lebih tahu!”

keadaan itu, benar-benar terkesan pada diri Kaab bin Malik, menyebabkan air matanya tidak tertahan lagi, menitis gugur ke bumi.

Kaab pulang ke rumah dalam keadaan sedih. Kesedihan seperti itu berlanjutan berhari-hari. Sehari dirasakan bagaikan setahun. Betapa dahsyatnya tekanan yang dihadapi oleh Kaab.

Dalam keadaan kesedihan sedemikian rupa, suatu hari datang seorang lelaki dari negara Syam menemui Kaab. Dia telah memberikan kepada Kaab sepucuk surat. Apabila Kaab membaca surat itu, ternyata ia datang dari Raja Ghassan.

Kandungan surat itu antara lain menyebut, ”… Selain dari itu, bahawa sahabatmu sudah bersikap dingin terhadapmu. Allah tidak menjadikan kamu hidup terhina. Maka, ikutlah dengan kami di Ghassan, kami berjanji akan menghiburkanmu!”

membaca kandungan surat itu, hati Kaab terus berkata, “Ini juga salah satu ujian!”

Lalu Kaab telah memasukkan surat itu ke dalam tungku dan membakarnya.

Dalam keadaan sedemikian sedih sekali, datang pula seorang utusan dari Rasulullah SAW kepada Kaab.

“Rasulullah memerintahkan kepadamu supaya kamu menjauhi isterimu!” kata lelaki itu sebagai membawa pesanan dari Rasulullah SAW.

Pesanan itu menambah lagi kesedihan hati Kaab.

”Apakah Rasulullah mengarahkanku agar aku menceraikan isteriku itu?” soal Kaab kepada lelaki terbabit.

“Tidak. Akan tetapi, kamu harus menjauhkan dirimu darinya dan isterimu itu, hendaklah menjauhkan dirinya dari dirimu!” kata utusan Rasulullah SAW itu lagi.

Arahan tersebut, bukan sekadar terkena kepada Kaab bin Malik, malahan terkena juga kepada dua lagi sahabat, iaitu Murarah bin Rabi’ Al-Amiri dan Hilal bin Umayyah Al-Waqifi.

Kesedihan dan hidup dalam keadaan serba salah itu berlarutan sehingga sampai cukup bilangan 50 hari. Setelah cukup 50 hari, di suatu pagi ketika Kaab baru selesai menunaikan solat subuh, sedang berzikir dan berdoa meminta ampun dengan Allah, agar dilepaskan dari kesempitan hidup dalam alam yang luas ini.

Sedang bermunajat tersebut, tiba-tiba kedengaran suara memanggil namanya.

”Wahai Kaab, bergembiralah kamu. Wahai Kaab bergembiralah kamu” kedengaran suara begitu berkali-kali.

Mendengar suara menyebut demikian, Kaab terus memahami bahawa Allah SWT telah memberi kemaafan terhadap kesilapan yang telah dilakukannya.

Dia terus sujud kepada Allah, mengucapkan syukur kepada ilahi. Apabila dia keluar dari rumah, kelihatan ramai yang hadir hendak memaklumkan berita gembira itu kepada Kaab. Ada yang datang dengan menaiki kuda, ada yang berlari-lari dan sebagainya.

Mulut mereka, tidak habis-habis menyebut, ”wahai Kaab, berbahagialah kamu. Wahai Kaab, berbahagialah kamu”

Kaab pun terus pergi mencari Rasulullah SAW. sesampai di hadapan Masjid, didapati ramai dari kalangan sahabat yang sedang menunggu kedatangan Kaab. Apabila sampai, Kaab terus masuk untuk berjumpa dengan rasulullah SAW dan didapati, bersama baginda ada dua orang sahabat lagi, iaitu Hilal bin Umayyah dan Murarah bin Rabi'.

Apabila berjumpa dengan Rasullullah SAW, Kaab tersenyum melihat Baginda, dan senyuman kaab itu dibalas oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW terus membacakan satu firman Allah dari surah At-Taubah ayat ke 118 yang berbunyi;

وَعَلَى الثَّلَاثَةِ الَّذِينَ خُلِّفُوا حَتَّى إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْهِمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ وَضَاقَتْ عَلَيْهِمْ أَنْفُسُهُمْ وَظَنُّوا أَنْ لَا مَلْجَأَ مِنَ اللَّهِ إِلَّا إِلَيْهِ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ لِيَتُوبُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Maksudnya;
”Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”

Sabtu, 17 Mac 2012

Hantu Dalam Botol Kicap

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yg membawa 3 orang anaknya pulang ke kampung dan meminta ibunya,Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya.Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya.Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah,mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama,mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua,mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah..Ketika Nek Temah keluar mengubat,Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya..untuk tahu kisah selanjutnya..jom sedutttttt.....



Click je link dibawah utk sedutt :

Kredit 2 Jiwang.Net

Full Album Iwan Syahman

01. Segalanya Allah
02. Shalat Dulu
03. Fadhilah Shalawat
04. Semua Allah Punya
05. Kalimah Toyibbah
06. Siksa Neraka
07. Pengasih
08. Ke Taman Syurga
09. Nasihah
10. Ke Jalan Lurus
11. Segalanya Allah (Versi Asal)



Jangan segan2 nk download :

Wink ~ Wink

Assalamualaikum..aduyaii..lama giler la x update blog nie...aku pn dah lama x usha blog sendiri..ingatkan dah kene block ke ape ke..tapi still ade lagi,memang rindu sesangat.selamatla aku masih ingat password dia..urmmm,bila dah tengok balik blog nie..aku ingat nak update balikla.mybe bukan sekarang,maybe esok @ lusa..apepun aku akan stay dengan blog nie..keep it up bro!!