Jumaat, 10 Ogos 2012

Run 4 Lailatul Qadar

Alhamdulillah..sedar tak sedar,kita dah masuk pada 10 malam terakhir ramadhan..sorry k,bukan nak bagitahu yang hari raya semakin hampir tapi yang lebih pentingnya ialah malam Lailatul Qadar..seperti yang dikatakan oleh Uqbah iaitu Ibnu Hariith..

Aku mendengar Ibnu Umar r.a berkata : Sesungguhnya Rasullullah s.a.w telah bersabda " Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh hari yang terakhir,namun jika salah seorang daripada kamu tidak mampu..maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir (riwayat muslim)

Sebenarnya ramai yang memperkatakan tentang malam Lailatul Qadar..tapi berapa ramai pulak yang mengejarnya..pesan ini untuk diri aku jugak..marilah kita berlumba-lumba mencari keredhoanNya..hidupkan malam beribadah,iktikaf,berdoa dan memohon keampunan dariNya..kerana Lailatul Qadar adalah malam seribu bulan..Insyallah,semoga Allah mempertemukan apa yang kita cari.

Tiada ulasan: