Sabtu, 15 September 2012

Jiwa yang kacau

Kali ni aku biarkan blog berbicara supaya apa yang tersirat di benak kepala ni terhurai segalanya..terus terang,aku rasa kurang tenang sekarang ni..dengan pening kepala aku yang tak pernah abis ni dicampur pulak dengan masalah sekeliling,betul-betul buat kepala aku makin berdenyut kencang..ahhh biarlah aku dengan azab ni,aku hanya berserah segalanya pada yang maha ESA..selagi dia masih bagi aku tenaga dan nafas,aku mesti teruskan hidup..doa aku semoga dia sentiasa memelihara diri ini..lupakan pasal diri aku..sekarang ni aku rasa kacau sikit.kenapa tiba-tiba abang aku mesej bagitahu yang dia suruh jaga mak,abah dan adik2 aku..dia kata aku saje harapan untuk family aku..pleasela,jangan tambahkan lagi pening kepala ni..bila aku mesej bagitahu kenapa,kau senyap pulak..kau tahu tak,sejak adik meninggal..kalau boleh aku taknak kehilangan sesapa lagi sebelum aku..biarlah aku pergi dulu sebelum korang semua..sebab aku taknak menangis setiap hari memendam perasaan kasih dan rindu ni.Ya Allah,kau peliharalah abang aku,jauhkanlah dia dari segala yang tidak baik..aku tahu betapa peritnya hidup dia selama ni,kalau kau baca warkah aku ni,aku nak kau tahu yang aku pernah mengalirkan airmata sebab pikirkan kesengsaraan kau.cukuplah,aku taknak menangis lagi sebab semua tu.aku sayangkan semua pamily kita..cuma 1 je pesan aku,biar bertimbun pun dosa kita padanya,kembalilah pada allah..insyallah,hati kita akan sentiasa tenang.

Tiada ulasan: