Jumaat, 22 Jun 2012

Syaaban To Ramadhan

Tibanya syaaban menandakan kita hampir dengan bulan keberkatan yang penuh barokah iaitu ramadhan,tak sangka cepat betul masa berlalu..rasa macam baru je lagi berpuasa..apepun aku berdoa semoga aku sempat meraikan ramadhan.sebenarnye nak cerita sikit pasal bulan syaaban ni,banyak jugak peristiwa yang berlaku cuma aku nak 'tubik' 1 peristiwa jela iaitu ..


Pertukaran arah kiblat


Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis. Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

Tiada ulasan: